mutakhir

325 mangsa banjir masih menghuni PPS di Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Banjir di Sarawak hampir pulih sepenuhnya dengan hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi, pagi ini.

Setakat jam 8 pagi, PPS SK Tanah Puteh di Serian masih menempatkan 325 mangsa daripada 93 keluarga.

Banjir bermula di negeri ini pada 12 Januari lalu akibat pertembungan hujan lebat dengan fenomena air pasang besar.

Jumlah tertinggi mangsa yang ditempatkan di PPS dicatatkan pada 5 petang, 15 Januari lalu apabila mencecah 4,413 orang daripada 1,171 keluarga.

Disiarkan pada: January 19, 2021 @ 10:13am
d