mutakhir

Jenazah Muhammad Ehsan selamat dikebumi

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Ehsan Zakaria, 24, yang ditemui lemas ketika beriadah bersama rakannya di New Zealand pada Jumaat lalu, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Green Island Cemetery, Dunedin, hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya merakam penghargaan kepada komuniti Malaysia dan Islam tempatan termasuk Otago Muslim Association yang menghulurkan pelbagai sokongan serta bantuan bagi melancarkan urusan berkaitan khususnya dalam aspek pengurusan dan pengebumian jenazah.

"Kami menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Muhammad Ehsan ditemui lemas ketika beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond Roxburgh, New Zealand pada 7.30 malam (waktu tempatan) 15 Januari lalu.

Disiarkan pada: January 19, 2021 @ 9:58pm
d