mutakhir

Budak 10 tahun disyaki jadi mangsa cabul bapa tiri

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Dungun: Budak perempuan berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa cabul bapa tirinya dalam kejadian di daerah ini.

Difahamkan, perbuatan terkutuk suspek berusia 37 tahun itu bermula sejak mangsa berusia lima tahun.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia 34 tahun pada November tahun lalu ketika mereka berada di rumah di Kelantan.

Katanya, mangsa memaklumkan suspek berbuat demikian ketika mereka tinggal di Dungun.

"Suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ibu mangsa tiada di rumah.

"Terkejut dengan cerita anaknya, ibu mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, usaha mengesan suspek giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: January 20, 2021 @ 2:21pm
d