mutakhir

Pejabat JPJ Wangsa Maju ditutup esok hingga 25 Januari

Oleh Raja Noraina Raja

Kuala Lumpur: Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di Wangsa Maju di sini, akan ditutup selama lima hari bagi proses sanitasi dan kerja pembersihan.

JPJ WPKL menerusi notis awam memaklumkan, premis itu ditutup mulai esok sehingga 25 Januari ini.

"Bagaimanapun, orang ramai masih boleh berurusan dengan pihak JPJ di tiga pejabat cawangan JPJ WPKL," katanya.

Orang ramai boleh berurusan di JPJ cawangan Bandar Sri Permaisuri dan JPJ cawangan Bandar Menjalara.

Selain itu, urusan juga boleh dibuat di pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Mini UTC Sentul dan Mini UTC Keramat.

Disiarkan pada: January 20, 2021 @ 8:20pm
d