mutakhir

Pulau Pinang teliti aspek logistik laksana suntikan vaksin Covid-19

Oleh Nur Izzati Mohamad

Georgetown: Kerajaan negeri sedang meneliti semua perkara khususnya daripada segi aspek logistik dalam melaksanakan program suntikan vaksinasi Covid-19 di negeri berkenaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan bahawa vaksin Covid-19 dijangka tiba di negeri ini pada akhir Februari.

"Oleh itu, perancangan suntikan terutamanya dalam aspek logistik sedang diteliti dengan lebih lanjut," katanya pada kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, bagi saringan dalam kalangan pekerja asing pula, kilang dan tapak binaan kini bukan hanya tertakluk kepada Program Saringan Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sahaja.

"Sebaliknya, pihak majikan juga mengambil inisiatif sendiri bagi memperhebatkan lagi saringan massa secara menyeluruh berasaskan pendekatan 3T iaitu 'testing' (saringan) secara besar-besaran, 'tracing' (kesan) dan 'treating' (merawat)," katanya.

Disiarkan pada: January 21, 2021 @ 3:37pm
d