mutakhir

18 warga asing ditahan anggota 3 Divisyen [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia ditahan di kawasan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor pagi tadi.

Mereka yang berusia 28 hingga 51 tahun ditahan anggota pasukan tindak pantas (QRF) Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen).

Penahanan mereka membawa kepada telefon bimbit, jam tangan, barangan kemas dan pelbagai matawang berjumlah hampir RM17,000.

Pada kenyataan, Markas 3 Divisyen berkata, terdahulu, kehadiran kumpulan terbabit dikesan radar Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA, jam 2.15 pagi.

"Anggota QRF dan Tim Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dikerah ke lokasi untuk membuat penjejakan serta mengepung kawasan itu.

"Serbuan membawa kepada penahanan kesemua warga asing terbabit yang sedang bersembunyi di kawasan berkenaan," katanya.

Menurut kenyataan, kesemua warga asing itu dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk ujian saringan Covid-19 sebelum diserah kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Disiarkan pada: January 23, 2021 @ 5:35pm
d