mutakhir

Semua PPS di Sabah di tutup

Oleh Yun Mikail

Kota Kinabalu: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa terjejas banjir di Sabah tutup sepenuhnya petang ini.

PPS terakhir yang ditutup adalah Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di daerah Beaufort sekitar jam 2.15 petang tadi.

Terdapat 52 mangsa membabitkan 14 keluarga berada di PPS berkenaan sehingga jam 12 tengah hari.

Selain itu, PPS Dewan Kampung Song-Song di Kota Belud turut ditutup dan semua penduduk terjejas sudah pulang ke rumah masing-masing.

Terdahulu, seramai 94 mangsa banjir daripada 22 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Beaufort serta Kota Belud setakat jam 8.30 pagi hari ini.

Jumlah berkenaan kekal sejak malam tadi selepas banyak PPS di beberapa daerah mula ditutup petang semalam.

Disiarkan pada: January 23, 2021 @ 6:14pm
d