mutakhir

Bilik siasatan jenayah narkotik terbakar [METROTV]

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Bilik siasatan jenayah narkotik di tingkat empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, terbakar, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Muhammad Tarmizi Md Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.55 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Lebuh Pantai dan BBP Paya Terubong ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan bilik siasatan di tingkat empat.

"Kebakaran kira-kira 40 peratus itu memusnahkan fail, komputer dan peralatan pejabat termasuk foto," katanya di sini, hari ini.

Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit bagi mengawal kebakaran.

Tiada mangsa yang terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: January 25, 2021 @ 9:52am
d