mutakhir

50,000 rakyat tidur lebih nyenyak

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

TAHUN baharu ialah masa yang paling sesuai untuk merencanakan perubahan positif.

Oleh itu, Coway mengajak rakyat Malaysia mengubah cara tidur demi kehidupan lebih sempurna dengan mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti.

Sejak dilancarkan pada awal tahun 2020 di Malaysia, lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia memilih tilam Coway PRIME Series untuk meningkatkan kualiti tidur dan kehidupan seharian.

Pada tahun 2021 pula, rakyat Malaysia masih boleh menaik taraf tilam untuk mendapatkan tidur secukupnya dan memulakan hari baharu dengan cergas setiap hari!

Di Malaysia, Tilam Coway PRIME Series adalah pendahulu pasaran yang pertama untuk memperkenalkan kemudahan sewa tilam mewah, dilengkapi dengan perkhidmatan penjagaan tilam secara berkala.

Menerusi skim langganan sewa inovatif Coway, pelanggan boleh menikmati tilam hotel bertaraf lima bintang dalam keselesaan rumah sendiri pada harga kurang daripada RM5 semalam!

Pengarah Urusan Coway Malaysia Kyle Choi berkata, keupayaan Coway menembusi dan menerajui pasaran sewa tilam mewah Malaysia menyusuli kejayaan Coway Co. Ltd yang mendaftarkan 632,000 akaun pelanggan di Korea Selatan sejak 2011.

"Dalam pasaran sewa tilam di Korea yang bernilai RM1.1 bilion, Coway sudah menguasai sebanyak 60 peratus bahagian pasaran Korea.

"Seperti hasrat setiap orang untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada keluarga anda; Coway, the Life Care Company ingin menawarkan kepada anda iaitu pelanggan kami, tilam dan khidmat penjagaan tilam yang terbaik!

"Kami mahu mengubah gaya kehidupan anda demi masa depan yang lebih cerah mulai tahun 2021 dan selanjutnya," katanya.

Rakyat Malaysia kurang tidur

Coway menyedari kepentingan tidur yang lena untuk meningkatkan kualiti kehidupan seseorang.

Memandangkan kehidupan era ini yang semakin sibuk dan meletihkan, katil adalah salah satu tempat kita boleh merehatkan badan dan berasa selamat; baik untuk anak kecil memerlukan tidur siang selepas berjam-jam mengikuti kelas dalam talian, remaja yang bersantai di atas katil sambil bermain dengan tablet, mahupun dewasa yang inginkan keselesaan katil selepas penat bekerja sepanjang hari!

Kita meluangkan satu pertiga daripada masa dalam sehari di bilik tidur dan kenangan manis serta detik indah yang terukir pada zaman kanak-kanak masih segar dalam ingatan sehingga kini termasuk kisah dongeng yang diceritakan oleh ibu bapa sebelum tidur masa kanak-kanak atau 'perkhemahan olok-olok' bersama adik-beradik yang dibina dengan selimut sambil menggunakan lampu suluh.

Bagaimanapun, kajian mendapati rakyat Malaysia kekurangan 1.6 jam tidur setiap malam. 

Kekurangan tidur ini akan mengakibatkan seseorang mengalami 'hutang tidur' sehingga 11.2 jam seminggu.

Tidur yang mencukupi akan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, justeru tema Hari Tidur Sedunia tahun ini ialah Waktu Tidur Tetap, Masa Depan Sihat yang menekankan betapa pentingnya tidur untuk membina individu, keluarga dan komuniti yang lebih sihat.

Penyelesaian tidur

Persatuan Tidur Sedunia menyarankan bahawa tilam yang selesa adalah salah satu daripada 10 cara untuk menikmati tidur yang lebih berkualiti.

Tilam Coway PRIME Series ialah tilam hibrid serba sempurna yang berasaskan kelebihan pelbagai bahan termasuk spring poket lima zon, lateks semula jadi 100 peratus, busa memori, serat kelapa dan busa yang akan membawa penyelesaian tidur menyeluruh untuk orang ramai.

Sistem spring poket lima zon yang amat fleksibel untuk disesuaikan mengikut lengkungan badan dan berat orang yang tidur, mengurangkan pemindahan pergerakan apabila pasangan anda bertukar posisi tidur sepanjang malam.

Fabrik antistatik tilam Coway membantu mengurangkan statik badan yang boleh menyebabkan masalah seperti ketegangan dan ketidakselesaan. Tilam akan menyerap statik badan dan membebaskannya ke udara.

Kelebihan ini membantu kanak-kanak, dewasa dan warga emas mengatasi masalah tidur dan menikmati tidur lena yang memuaskan.

Tilam Coway PRIME Series juga menawarkan sokongan yang sesuai kerana ia cukup lembut untuk orang yang tidur mengiring dan cukup padat untuk yang tidur secara terlentang.

Penjagaan tilam

Untuk mengatasi masalah tidur, Yayasan Tidur mencadangkan supaya menukar tilam setiap lapan tahun. Bagaimanapun, dengan Perkhidmatan Penjagaan Tilam Coway dan pelapik tilam boleh tukar, sebahagian besar daripada masalah sudah selesai selain menjimatkan wang.

Coway yakin dapat mengekalkan kedudukan kukuh sebagai pilihan tilam mewah mampu milik pilihan nombor satu Malaysia dengan perkhidmatan penjagaan tilam yang teliti!

Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7 Langkah Coway dilaksanakan oleh Juruteknik Penjagaan Rumah profesional setiap empat bulan, menggunakan peralatan berteknologi tinggi untuk membersihkan dan menjaga semua jenama tilam pelanggan dengan teliti.

Langkah-langkah ini termasuk mengukur tahap habuk, mengelap rangka katil, membersihkan bahagian sisi, membersihkan tilam, menghindari hama habuk dan pensterilan sinar ultra ungu.

Selain itu, Coway juga menawarkan perkhidmatan semburan nyahjangkitan secara percuma, dengan membersihkan bilik dan tilam dari dalam dan luar, memberikan ketenangan fikiran dan tahap kebersihan yang tinggi untuk semua.

Anda sekeluarga boleh mendapat jaminan bahawa Coway adalah sebuah jenama yang boleh dipercayai. Ditubuhkan pada 1989, produk Coway digunakan di 1.7 juta isi rumah di Malaysia dan lebih 7 juta pelanggan di seluruh dunia.

Kepada rakyat Malaysia, sudah tiba masanya untuk mengubah cara tidur anda demi menambah baik kehidupan pada 2021!

Maklumat lanjut mengenai produk dan servis Coway boleh didapati di https://bit.ly/2LUwXQl

Disiarkan pada: January 28, 2021 @ 10:00am
d