mutakhir

Kompleks Ibu Pejabat MPK Bukit Ubi ditutup tiga hari

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan pejabat cawangan MPK di Bukit Ubi, di sini ditutup selama tiga hari, mulai esok.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, penutupan itu bagi kerja sanitasi dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, pelaksanaan itu berdasarkan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Oleh itu, orang ramai yang ingin berurusan boleh berbuat demikian sebaik beroperasi semula pada 4 Februari ini. Bagaimanapun, sebarang perubahan akan dimaklumkan nanti," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan penularan wabak Covid-19 disekat, pihak berkuasa tempatan (PBT) menasihatkan orang ramai mematuhi arahan ditetapkan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

Katanya, pemakaian pelitup muka dan pensanitasi tangan serta penjarakan fizikal satu meter perlu dipatuhi, selain kekal berada di rumah jika tiada urusan penting di luar.

Disiarkan pada: January 31, 2021 @ 3:03pm
d