mutakhir

Telefon Menteri Besar Pahang digodam

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan bahawa telefon miliknya dipercayai digodam sejak awal pagi ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

"Saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi telefon bimbit.

"Saya ingin memaklumkan bahawa telefon bimbit saya dipercayai digodam sejak awal pagi ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Difahamkan, ini kali pertama kes telefon Menteri Besar Pahang itu digodam.

Disiarkan pada: February 1, 2021 @ 8:11am
d