mutakhir

Penghantar makanan maut rempuh lori

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Sungai Buloh: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lori yang ingin masuk ke simpang dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh, hari ini.

Kejadian pada 10.12 pagi itu menyebabkan Muhammad Darwis Muhammad Solih, 32, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan ke arah Jalan Welfare.

"Setiba dipersimpangan, lori yang berada di jalan sama masuk ke simpang kanan, dalam masa yang sama mangsa ketika itu sedang memotong lori itu.

"Mangsa tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian hadapan lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh sebelum dituntut ahli keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: February 2, 2021 @ 4:24pm
d