mutakhir

120 buggy di kelab golf terbakar

Oleh Mohd Amin Jalil

Nilai: Sebanyak 120 kereta bugi (buggy) musnah dalam kebakaran di sebuah kelab golf di sini, awal pagi hari ini,

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada 2.37 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan tempat penyimpanan kenderaan di tingkat bawah tanah.

"Kami sampai di tempat kejadian dalam beberapa minit dan mendapati ruang bawah tanah di mana buggy diletakkan itu terbakar.

"Dianggarkan sebanyak 120 buggy terbakar 100 peratus dan kebakaran itu turut merebak ke tingkat atas.

"Bagaimanapun, api dapat dikawal pada 3.23 pagi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi pemadaman membabitkan 33 anggota dengan dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, BBP Mantin dan BBP Seremban 2.

"Nilai kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: February 4, 2021 @ 9:54am
d