mutakhir

Maut terlanggar tali lembu

Oleh Melvin Joni

Mukah: Wanita warga emas maut apabila motosikal yang dinaiki bersama suaminya terlanggar tali lembu di Jalan Kampung Sungai Alo Mukah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 60 tahun bersama suaminya dalam perjalanan balik ke rumah di kampung berkenaan.

"Setibanya di tempat kejadian motosikal yang dinaiki mangsa terlanggar tali lembu yang melintas jalan menyebabkan motosikal hilang kawalan dan kedua-duanya terpelanting di atas jalan.

"Suami isteri terbabit mengalami kecederaan di kepala dan dibawa oleh orang awam ke Hospital Mukah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, wanita berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman di kepala manakala suaminya yang juga seorang nelayan mengalami calar dan cedera di kepala.

Jimmy berkata kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: February 5, 2021 @ 2:37pm
d