mutakhir

Banjir: 1,002 mangsa masih di PPS di Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat semula pagi ini selepas menurun kepada 934 orang daripada 313 keluarga petang semalam.

Pagi ini, jumlah mangsa yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) adalah seramai 1,002 orang daripada 329 keluarga.

Daerah Serian mencatat jumlah tertinggi dengan 767 mangsa daripada 249 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

Di Simunjan pula, seramai 220 mangsa daripada 75 keluarga kini masih berada di empat PPS.

Sementara itu, di Samarahan, hanya 15 mangsa daripada lima keluarga masih tinggal di satu PPS.

Disiarkan pada: February 7, 2021 @ 8:18am
d