mutakhir

Sotong beku lebih RM1 juta dirampas

Oleh Nur Izzati Mohamad

Butterworth: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 45 tan sotong sejuk beku bernilai lebih RM1 juta dari China, selepas pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, semalam.

Ketika pemeriksaan pada jam 12.30 tengah hari, dua kontena berisi sotong sejuk beku itu baru dilabuhkan.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, siasatan mendapati barangan itu tiada permit import sah yang menyebabkan pihaknya merampas muatan berkenaan yang diisi dalam 4,500 kotak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Maqis komited memastikan semua keluaran keluaran pertanian, perikanan dan haiwan yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan bagi menjamin kualiti selain selamat dimakan rakyat.

Disiarkan pada: February 9, 2021 @ 2:56pm
d