mutakhir

Kelas percuma buat anak petugas barisan hadapan duduki SPM

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Anak petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diberikan langganan MAHIR Tutor secara percuma.

Pengasas PlanetMahir, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, Kelas Digital MAHIR Tutor adalah kelas tuisyen digital 'video-on-demand' yang disediakan PlanetMahir khas untuk calon SPM.

"Ini sebagai sumbangan kami kepada mereka yang sedang bertungkus lumus berjuang, tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memastikan kita terpelihara daripada wabak merbahaya ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MAHIR Tutor kini mempunyai lebih 20,000 pelajar di seluruh negara.

Semua kelas pembelajaran subjek ini dirakam bagi membolehkan pelajar mengikuti sebarang tajuk pembelajaran di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Ahmad Ramzi berkata, ia bertujuan memberikan sokongan moral, sekali gus menghargai jasa petugas barisan hadapan.

"Semoga sumbangan tidak seberapa ini dapat membantu anak petugas barisan hadapan membuat ulangkaji pembelajaran dan persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti.

"Anak mereka bolehlah ke laman web kami di planetmahir.com untuk mengikuti kelas percuma," katanya.

Disiarkan pada: February 9, 2021 @ 10:47pm
d