mutakhir

Siti Aisyah dicari SPRM Perak

Oleh Nor Azizah Mokhtar

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang wanita berasal dari Shah Alam bagi membantu siasatan kes berkaitan penyelewengan.

SPRM dalam kenyataan, hari ini berkata, orang ramai yang mengenali Siti Aisyah Mohamad Amir, 31, alamat terakhir di Blok 2, Tingkat 10B, Berek Polis Seksyen 9, Persiaran Kayangan, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor diminta tampil membantu siasatan.

"Maklumat mengenai wanita itu boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Abdul Jalil Hamdan di talian 019-6002041.

"Pegawai penyiasat juga boleh dihubungi melalui talian 05-5261227 sambungan 135 atau emel ke alamat jalilhamdan@sprm.gov.my," katanya.

Disiarkan pada: February 23, 2021 @ 10:30pm
d