mutakhir

Tukang cat mengaku tidak bersalah bunuh adik

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh adik perempuannya, tahun lalu.

Lim Poo Teck, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid.

Lelaki itu didakwa membunuh Lim Poh Ling, 38, di sebuah rumah di Jinjang Utara, di sini antara 6.30 petang dan 7 malam, 21 Januari.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Disiarkan pada: February 26, 2021 @ 1:39pm
d