mutakhir

Dalam guni terapung ada dadah [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Nelayan menemui guni terapung di perairan Pangkor mengandungi serbuk disyaki dadah dalam bungkusan plastik.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, nelayan berkenaan menghubungi polis sebelum menyerahkan guni itu, Khamis lalu.

"Hasil pemeriksaan oleh polis di dalam guni terbabit mendapati 20 bungkusan plastik.

"Daripada jumlah berkenaan, 17 bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 17.5 kg manakala tiga bungkusan lagi rosak dimasuki air dan tiada berisi.

"Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM700,000. Tiada tangkapan dibuat bagi kes ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Berita berkaitan:

  • Enam polis antara 14 ditahan di parti liar [METROTV]
  • Disiarkan pada: February 26, 2021 @ 2:39pm
    d