mutakhir

Maqis rampas 18 tan kubis panjang ada serangga perosak

Oleh Norzamira Che Noh

Pelabuhan Klang: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan satu kontena mengandungi kubis panjang yang dikesan mempunyai serangga perosak di Pelabuhan Barat, dekat sini, Rabu lalu.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor Zamri Hashim berkata, kubis panjang seberat 18 tan itu bernilai RM44,575.54 dan dipercayai dibawa dari Vietnam untuk pasaran tempatan.

"Dalam serbuan pada 11 pagi, kontena berkenaan dikesan membawa muatan kubis panjang dan didapati mempunyai serangga perosak jenis Plutella xylostella.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 2011 [Akta 728) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suatu kesalahan mengimport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang mempunyai bahan perosak dan berpenyakit.

Katanya, pihaknya sentiasa teliti dalam menjalankan pemeriksaan bagi keluaran pertanian yang diimport ke dalam negara bebas daripada ancaman perosak.

Disiarkan pada: February 27, 2021 @ 9:53am
d