mutakhir

Premis judi dalam talian digempur

Oleh Nazri Abu Bakar

MELAKA: Polis Melaka bertindak menyerbu dan memotong bekalan elektrik terhadap enam unit premis rumah kedai yang dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di sekitar kawasan Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka,

Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, operasi bersepadu menerusi Op Dadu sekitar jam 10 pagi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) IPK Melaka itu hanya berakhir kira-kira jam 4 petangKhamis lalu.

Katanya, operasi dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkenaan turut membabitkanserbuan beberapa premis yang sebelum ini sudah dikenakan tindakan termasuk dihadapkan ke mahkamah.

"Walaupun pernah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman, pemilik tidak serik malah meneruskan aktiviti berkenaan.

"Kita akan meneruskan operasi pemotongan bekalan elektrik dan akan bertindak lebih tegas termasuk mengambil tindakan ke atas pemilik yang menyewakan premis untuk kegiatan judi dalam talian," katanya.

Beliau berkata, tindakan berkenaan diambil mengikut peruntukan Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Disiarkan pada: February 27, 2021 @ 8:46pm
d