mutakhir

Dikompaun kerana main futsal

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Gombak: Seramai 30 individu yang bermain futsal di sebuah premis di Taman Sri Gombak dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada 9.30 malam.

"Susulan itu, pasukan pematuhan SOP dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

"Pemeriksaan mendapati seramai 28 individu berusia 19 hingga 23 tahun gagal mematuhi SOP iaitu penjarakan fizikal dan aktiviti yang masih tidak dibenarkan dalam sektor sukan dan rekreasi," katanya.

Arifai berkata, polis turut mengeluarkan kompaun kepada dua pemilik yang juga didapati tidak mematuhi SOP ditetapkan.

"Semua mereka dikompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APPPB 1988).

"Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan,"katanya.

Disiarkan pada: February 28, 2021 @ 4:20pm
d