mutakhir

Rompin catat IPU tidak sihat

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Rompin di Pahang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, pagi ini.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU tidak sihat di Rompin itu direkodkan pada 3 pagi dengan 103 manakala bacaan tertinggi pula 140 pada 10 pagi.

Bagaimanapun, empat stesen di Pahang iaitu Temerloh, Jerantut, Indera Mahkota dan Balok Baru, di sini merekodkan bacaan IPU pada paras terbaik.

Bacaan pada 11 pagi merekodkan IPU 69 di Temerloh, diikuti Jerantut (72), Indera Mahkota (59) dan Balok Baru (61).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

Disiarkan pada: March 2, 2021 @ 12:05pm
d