mutakhir

Ibu cemas anak terperangkap

Oleh Nur Izzati Mohamad

Kepala Batas: Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak lelaki berusia setahun terperangkap lebih 15 minit di dalam kereta yang terkunci dalam kejadian di sebuah bengkel dekat Jalan Paya Keladi Hujung, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 pagi daripada seorang wanita berhubung insiden itu.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam ke lokasi untuk operasi menyelamatkan mangsa.

"Ketika tiba, didapati ada seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang terkunci," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, operasi menyelamat menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.38 pagi.

"Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada ibunya," katanya.

Disiarkan pada: March 2, 2021 @ 2:45pm
d