mutakhir

Rentas negeri masih tak dibenarkan [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Rentas daerah dalam negeri dibenarkan bermula Jumaat ini kecuali Sabah, manakala rentas negeri kekal tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan.

Katanya, manakala PKPB di Sarawak bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

"Sidang khas juga bersetuju membenarkan rentas daerah berkuat kuasa 5 Mac dibenarkan kecuali negeri Sabah.

"Bagaimanapun rentas negeri belum dibenarkan," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Bagi negeri Sabah katanya, kerajaan negeri itu meminta supaya rentas daerah tidak dibenarkan dua minggu lagi berdasarkan situasi semasa.

Disiarkan pada: March 2, 2021 @ 6:13pm
d