mutakhir

Op Limau: Polis Melaka tahan 68 individu

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Seramai 59 lelaki dan sembilan wanita ditahan Polis Melaka kerana aktiviti perjudian dalam Op Limau, 1 Februari sehingga 28 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM24,852 termasuk set peralatan perjudian.

Menurutanya, operasi berkenaan bertujuan mencegah dan membenteras aktiviti perjudian sempena membabitkan rumah kediaman dan premis perniagaan di ssemua daerah.

"Antara jenis perjudian yang popular dimain adalah Mahjong Pit dan Gin Rummy. Siasatan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 6 (1) ARJT 1953 kerana berjudi dalam bangunan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan dendatidak melebihi 5,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-dua sekali.

"Jabatan Siasatan Jenayah Melaka memandang serius terhadap aktiviti perjudian di musim perayaan serta sentiasa komiteddan fokus dengan tindakan agresif sepanjang Op Limau berlangsung," katanya.

Disiarkan pada: March 3, 2021 @ 1:17pm
d