mutakhir

Polis masih siasat Dr Tawfiq

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berhubung penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun banknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainudin Yaacob berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaan Keganasan dan Hasil Daripada aktiviti haram 2001.

"Siasatan dibuat berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura.

"Disebabkan siasatan membabitkan keterangan di Malaysia dan luar negara, polis sedang mengambil tindakan susulan mengikut Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan mereka yang berada di luar negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis juga menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan selesai dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Disiarkan pada: March 3, 2021 @ 7:23pm
d