mutakhir

Johor benar kapasiti 1/3 jemaah kecuali Johor Bahru, Kulai

Oleh Omar Ahmad

Pasir Gudang: Johor membenarkan kapasiti jemaah satu pertiga daripada ruang solat bagi masjid dan surau di seluruh negeri kecuali daerah Johor Bahru dan Kulai bermula esok.

Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, kebenaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

"Baginda memperkenankan 100 jemaah tidak termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) dan pegawai masjid dan surau bagi daerah Johor Bahru dan Kulai yang kerap menjadi zon merah.

"Kuliah agama di masjid dan surau dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan oleh penceramah dan guru takmir dalam daerah sahaja.

"AJK masjid dan surau hendaklah sentiasa bertanggungjawab memastikan dan menguatkuasakan semua Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahya turut meminta agar semua pihak bekerjasama dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Disiarkan pada: March 4, 2021 @ 12:29pm
d