mutakhir

Dah boleh nikah bersemuka di Selangor

Oleh Norzamira Che Noh

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah secara bersemuka bermula 8 Mac ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, JAIS memaklumkan kebenaran bagi mengadakan majlis secara bersemuka itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah kehadiran yang ditetapkan iaitu hanya 15 orang dibenarkan di masjid dan surau.

Masing-masing 20 orang untuk majlis di rumah dan premis berbayar serta enam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan JAIS.

Sebelum ini majlis akad nikah dilaksanakan secara sidang video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk makluman, akad nikah di Selangor secara dalam talian diperkenalkan dalam tempoh PKP pada 20 April tahun lalu.

Disiarkan pada: March 4, 2021 @ 1:38pm
d