mutakhir

Rompin catat IPU sederhana pagi ini

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Kualiti udara di Rompin yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam, berubah ke paras sederhana pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), daerah itu merekod IPU 96, berbanding 151 petang semalam.

Kawasan lain turut mencatat kualiti sederhana iaitu Balok Baru di sini (75) dan Temerloh (54).

Beberapa lokasi pula berada pada paras baik iaitu Jerantut (45) dan Indera Mahkota (38).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

Disiarkan pada: March 5, 2021 @ 9:21am
d