mutakhir

Wanita mati dijerut

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah Taman Bangi, Jalan Reko hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 jam 9 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai mayat dipercayai seorang wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Katanya, hasil pemeriksaan awal pada mayat mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher.

"Mayat dipercayai mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 0192306107 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: March 8, 2021 @ 6:02pm
d