mutakhir

Jenazah suami isteri selamat dikebumikan

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Semenyih: Jenazah suami isteri yang terbabit dalam kemalangan di Saujana Impian, semalam selamat dikebumikan petang ini.

Kakak kepada arwah Suzyla Ahmad Dahlan, Salina berkata, jenazah adik dan adik iparnya Remyzan Baharudin dikebumikan pada 6.30 petang.

Ahli keluarga terdekat dan rakan Suzyla serta Remyzan hadir di Tanah Perkuburan Islam Bandar Rinching untuk memberi penghormatan terakhir.

Jenazah sebelum itu dibedah siasat di Hospital Serdang selepas ujian calitan Covid-19 dijalankan.

"Jenazah adik dan suami dikebumikan petang tadi dan dihadiri keluarga dan rakan terdekat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam kejadian petang semalam, kereta dinaiki Suzyla dan Remyzan bersama dua anak mereka Raiha Syuhaida Remyzan, 13, manakala adiknya Ra'if Adam Lutfan Remyzan, 7, bertembung dengan van yang masuk dari arah bertentangan.

Kini Raiha dan Ra'if masih menerima rawatan dan dilaporkan kritikal.

Pemandu van pula kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut polis.

Berita berkaitan

'Luahan rindu kepada ibu'

'Pemandu van akan direman pagi ini'

'Identiti mangsa kemalangan di Kajang sudah dikenal pasti'

'Suami isteri maut, dua anak cedera kemalangan'

Disiarkan pada: March 8, 2021 @ 7:47pm
d