mutakhir

Lokasi persembunyian Sajat dikenal pasti

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir sebutan semula kes di mahkamah berhubung isu menghina Islam.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, usaha untuk mengesan Nur Sajat sedang giat dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Setakat ini, kami belum menahan usahawan kosmetik itu. Polis akan bekerjasama dengan JAIS dalam hal ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Difahamkan Nur Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Disiarkan pada: March 20, 2021 @ 3:45pm
d