mutakhir

Jalan perlu ditutup jika alih struktur berat - Fadillah [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.

"Dalam pelaksanaan projek, jika misalnya nak alihkan gantry launcher, jalan perlu ditutup, jika jalan dah selamat, struktur itu pun selamat (dialih), maka barulah buka semula laluan tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek-Projek di bawah pelaksanaan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai pagi tadi, yang menyebabkan tiga pekerja maut.

Melalui siasatan awal, ia berpunca apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh dan menghempap sebuah kenderaan.

Berita berkaitan

Struktur besi kren terjatuh hempap kereta

Kaji punca kemalangan di tapak pembinaan - PPJK

Disiarkan pada: March 22, 2021 @ 12:26pm
d