mutakhir

Usaha mengeluarkan mayat terakhir masih dijalankan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Usaha mengeluarkan mayat yang tersepit akibat kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya di Alam Damai, Cheras masih diteruskan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.

"Bomba kini menggunakan dua kren bagi mengalihkan struktur yang menghimpit mangsa.

"Mayat dijangka dapat dikeluarkan malam ini, semua pihak kini memberi ruang kepada agensi penyelamat untuk menguruskan mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, lima buruh asing dan seorang warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya.

Dua buruh asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat.

Pemandu kereta yang ditimpa gantri itu cedera pada leher dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Berita berkaitan:

  • Jalan perlu ditutup jika alih struktur berat - Fadillah [METROTV]
  • Kaji punca kemalangan di tapak pembinaan - PPJK [METROTV]
  • 3 maut tragedi komponen kren gantri terjatuh [MetroTV]
  • Disiarkan pada: March 22, 2021 @ 8:16pm
    d