mutakhir

Di mana Kelvin?

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di hadapan rumah Persatuan Kebajikan dan Sosial Kim Loo Ting, Kampung Baru Salak Selatan, Cheras, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.51 malam.

"Kami sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Kelvin berusia 10 tahun selepas dia dilaporkan hilang pada 21 Mac lalu.

"Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter dengan berat 35 kilogram dan berambut pendek.

"Kali terakhir dia dilihat memakai baju berwarna biru muda dan berseluar pendek berwarna hitam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Sarjan Mohd Ridzuan Yamin di talian 018-3505950 atau hubungi Ibu Pejabatnya Polis Daerah (IPD) di talian 03-91452222.

Kehilangan kanak-kanak itu juga turut dimaklumkan melalui hebahan Nur Alert, hari ini.

Disiarkan pada: March 23, 2021 @ 4:35pm
d