mutakhir

Dr Amalina sudah berkahwin

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hati di London, United Kingdom (UK) pada 31 Mac lalu.

Berita gembira itu dikongsi Dr Amalina menerusi laman sosial Instagram hari ini.

Menerusi entri itu, Dr Amalina berkongsi dua foto bersama suaminya yang juga jejaka Inggeris.

Dr Amalina memaklumkan majlis akad nikah mereka diadakan di London Central Mosque selepas tiga kali majlis terpaksa ditunda akibat perintah berkurung.

"Kami lega kerana berjaya melakukan majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat (hanya enam tetamu seperti peraturan pihak berkuasa UK).

"Perancangan asal adalah untuk buat majlis resepsi pada Mac (Malaysia) dan Jun (UK) pada tahun ini. Namun, kami terpaksa tunda majlis resepsi sehingga kami yakin semua orang boleh hadir.

"Kami berharap dapat meraikan hari istimewa ini bersama insan tersayang dan rakan nanti," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Amalina mengumumkan bertunang dengan jejaka pilihan hati pada 10 Ogos 2020.

Disiarkan pada: April 2, 2021 @ 11:39pm
d