mutakhir

PDRM mengetatkan kebenaran rentas negeri mulai hari ini

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetatkan kebenaran rentas negeri bermula hari ini, susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kebenaran hanya tertakluk kepada tiga situasi sahaja.

"Pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) diarah untuk tegas dalam penguatkuasaan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Rentas negeri hanya dibenarkan bagi kes kecemasan keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri.

Notis arahan berkenaan yang diletakkan di balai polis turut tular di media sosial hari ini.

Disiarkan pada: April 15, 2021 @ 7:48pm
d