mutakhir

Pokok tumbang, laluan terjejas

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Hujan lebat dan angin kuat sejak 3 petang tadi menyebabkan kerosakan kediaman dan sekolah.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan beberapa kejadian pokok tumbang.

"Sejak 4.30 petang sehingga 6 petang, bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang bagi membolehkan laluan terjejas kembali digunakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara laluan yang terjejas akibat pokok tumbang termasuk di Jalan Sultan Ismail susur keluar Jalan Kuching arah Jalan Kinabalu dan Lebuhraya Sultan Iskandar.

Dalam pada itu, angin kencang juga menyebabkan bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya rosak.

Kejadian sama juga merosakkan bumbung beberapa rumah di Semenyih dan Beranang.

Keadaan lalu lintas juga sesak khususnya ketika waktu puncak selepas beberapa laluan utama dinaiki air.

Jalan Cheras antara yang terjejas kerana limpahan air dari longkang berhampiran namun kembali pulih selepas air surut tidak lama kemudian.

Disiarkan pada: April 15, 2021 @ 11:56pm
d