mutakhir

Mercun RM92,000 dirampas

Oleh Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Polis merampas mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM92,160 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Saleng Kampung Baru, Senai, dekat sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Dimin Awang berkata, pada kejadian 2.30 petang itu, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 47 tahun.

Katanya, pihaknya merampas 114 kotak besar mercun, sebuah kereta Mercedes-Benz dan sebuah lori.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM222,160.

"Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: April 17, 2021 @ 8:37am
d