mutakhir

Tambah AED untuk kegunaan awam

Oleh BERNAMA

Georgetown: Sejak pemasangannya di kawasan awam terpilih di sekitar Pulau Pinang pada 2015, alat Automated External Defribillator (AED) telah membantu menyelamatkan empat individu yang mengalami serangan jantung semasa bersenam, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Sehubungan itu katanya kerajaan negeri menambah dua lagi AED bernilai keseluruhan RM15,000, menjadikan keseluruhan 68 unit tersedia untuk kegunaan awam sekiranya berlaku kes serangan jantung di tempat umum.

"Hari ini kita menyaksikan mesin sokongan pintar yang ke-67 dan ke-68 akan dipasang, iaitu satu akan diletakkan di Taman Bukit Dumbar dan satu lagi akan diserahkan kepada Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Pinang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran AED itu di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru wakil rakyat dan pemimpin setempat agar memastikan program pendidikan dan latihan berhubung rawatan kecemasan teknikal seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan penggunaan AED yang betul kepada komuniti dapat diadakan dari semasa ke semasa.

Disiarkan pada: April 17, 2021 @ 12:48pm
d