mutakhir

Covid-19: 3 lagi sekolah di Johor ditutup

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Tiga sekolah lagi ditutup di Johor akibat penularan pandemik Covid-19, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata, ia menjadikan 20 sekolah di negeri itu ditutup secara keseluruhan sejak empat hari lalu.

Menurutnya, tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Sa'at di Pontian, Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik dan Sekolah Rendah Arab Bersepadu (SRAB) di sini.

"Sekolah ini ditutup selama seminggu bagi proses sanitasi dan ujian calitan Covid-19.

"SMK Agama Johor Bahru yang ditutup selama empat hari sebelum ini juga sudah dibuka semula sejak semalam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sekolah lain yang masih ditutup ialah SK Taman Kota Kulai 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai 2, SJKC Saleng, SK Taman Bukit Kempas, SJKC Foon Yew 1, SK Seri Saujana (Kota Tinggi), SMK Seri Menanti (Muar), SMK Tun Fatimah Hashim, SMK Ulu Tiram, SK Taman Daya dan SK Taman Rinting 2.

Selain 17 SMK dan SK yang ditutup, 10 sekolah agama turut ditutup membabitkan empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing dengan tempoh penutupan adalah antara empat hingga 11 hari.

Ia membabitkan Sekolah Agama (SA) Tambatan Tinggi di Johor Bahru; SA Taman Sri Saujana (Kota Tinggi); SA Taman Kota Kulai 2 dan SA Taman Muhibah (Kulai) dan SA Teriang, SA Tan Sri Abd Kadir, SA Bandar Endau, SA Semanyir, SA Belukar Juling serta SA Pusat Air Tawar (Mersing).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 9:07pm
    d