mutakhir

Polis benarkan penjualan bunga api

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Polis membenarkan penjualan bunga api bagi musim perayaan Aidilfitri tahun ini selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kelulusan bagi mengimport, menyimpan dan berniaga secara jualan umum sempena musim perayaan.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, sehubungan itu, penjualan bunga api bagi Aidilfitri tahun ini dibenarkan dengan mematuhi peraturan ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (AKta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Semua pihak yang menjalankan perniagaan berkenaan diberi peringatan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, antara syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga kecil atau peruncit dan pasar raya adalah warga Malaysia sahaja, lesen berniaga hendaklah dipamerkan dan tempoh jualan hanya dibenarkan selama 30 hari.

"Peniaga kecil dan bazar adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat serta diperakui dan mempunyai kebenaran seperti permit atau lesen.

"Antara perkara yang tidak dibenarkan ialah menjual bunga api kepada pembeli kurang 18 tahun, urus niaga secara dalam talian dan restoran serta kedai makan tidak dibenarkan menjual bunga api," katanya

36 jenis bunga api yang dibenarkan

1. Pop-Pop

2. Happy Boom Glow of Sunset

3. Happy Boom Sunset Bar

4. Happy Boom Glories

5. Happy Boom Flower Silver Cracking Rain

6. Happy Boom Birthday Candle

7. Happy Boom Dush 20 (Roman Candle)

8. Happy Boom Dush 30 (Roman Candle)

9. Happy Boom 10 Shoots (Roman Candle)

10. Happy Boom 8 Shoots Roman Candle (New)

11. Happy Boom Sun Sparkles

12. Happy Boom Colour Sun Sparkle (18 inci Besi Colour)

13. Happy Boom Fountain

14. Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain)

15. Happy Boom 15 inci Ice Cream (Fountain)

16. Happy Boom 13 inci Conic (Fountain)

17. Happy Boom Mini Ice Cream (Fountain)

18. Happy Boom Peacock Fountain

19. Happy Boom Happines Fountain

20. Happy Boom Ground Boom Flower

21. Happy Boom Camelia Flower

22. Happy Boom Firework

23. Happy Boom Pili Cracker

24. Happy Boom Pili Cracker 3 Minutes

25. Happy Boom Moon (Rockets)

26. Happy Boom Thunder Clap (Rockets)

27. Happy Boom Top Gun (UFO)

28. Happy Boom Top Gun

29. Happy Boom Sky Dragon (New)

30. Happy Boom 14 inci Besi

31. Happy Boom Bee

32. Happy Boom Mancis

33. Happy Boom Cili Padi

34. Happy Boom Party Pooper

35. Happy Boom Banana Kecil

36. Happy Boom Banana Hujan

Tidak dibenarkan

1. Happy Boom Red Cracker (8 inci)

2. Happy Boom Red Cracker (Cake)

3. Happy Boom Celebration Red fire Cracker

4. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 shot)

5. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeate (1.5 inci 138 shot)

6. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 16 shot)

7. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 25 shot)

8. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 36 shot)

9. Happy Boom Tikus 50 (50 Misile)

Disiarkan pada: April 28, 2021 @ 8:40pm
d