mutakhir

Abdul Hadi terima rawatan susulan di IJN

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita itu dimuat naik Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman di Facebook rasmi milik Ahli Parlimen Marang malam ini.

Dalam satu perkongsian itu, Syahir berkata, Presiden PAS itu sedang menerima rawatan selama beberapa hari atas nasihat doktor.

"Adalah dimaklumkan bahawa YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di IJN atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

"Marilah kita berdoa agar YB Datuk Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih.

"Dan apabila aku sakit, maka Dia (Allah SWT) yang menyembuhkan" (As-Syuara': 80)," katanya.

Abdul Hadi sebelum ini dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas pada 15 Februari lalu sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Beliau dibenarkan keluar beberapa hari kemudian selepas menerima rawatan.

Disiarkan pada: April 28, 2021 @ 11:47pm
d