mutakhir

Selamba bogel [METROTV]

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Kulim: Tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel di daerah ini yang tular di media sosial mencetuskan kebimbangan.

Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan lelaki itu menunggang motosikal secara bersahaja dan sempat dirakam pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, berkemungkinan besar lelaki yang menunggang motosikal itu dipercayai mabuk.

"Namun, kita tak dapat laporan polis daripada sesiapa setakat ini dan tiada tangkapan dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: May 2, 2021 @ 11:26am
d