mutakhir

Bapa didakwa cabul anak kandung usia 5 tahun [METROTV]

Oleh Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul anak perempuan kandungnya berusia lima tahun sembilan bulan, Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual mencabul anak kandungnya yang berusia lima tahun sembilan bulan di sebuah bilik di dalam rumah di Pasir Puteh, jam 3 petang pada Mac 2020.

Kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan kedua, lelaki itu yang bekerja sebagai buruh didakwa dengan maksud seksual melakukan seks oral kepada mangsa yang sama pada masa dan lokasi yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 yang sama dan dibaca bersekali dengan Seksyen 16 Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memberitahu dia mempunyai tanggungan anak dan isteri serta ada penyakit.

"Saya tidak buat benda ini (cabul anak) dan tidak tahu apa-apa," katanya.

Mahkamah menetapkan 8 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Disiarkan pada: May 3, 2021 @ 12:18pm
d