mutakhir

MVIA gesa gubal undang-undang salah guna vape segera

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Pertubuhan bukan kerajaan Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA) hari ini menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pelaksanaan undang-undang khusus berkaitan penggunaan rokok elektronik.

Presidennya Rizani Zakaria menegaskan MVIA memperjuangkan penggubalan undang-undang itu khususnya membabitkan penyalahgunaan rokok elektronik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

MVIA turut menyelar tindakan ibu bapa yang memberi anak mereka menggunakan alatan itu seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

"Jika terdapat satu peraturan, tindakan terhadap mereka dapat diambil. Pengguna vape juga perlu dididik supaya mereka tidak menyalahgunakan produk ini.

"Tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa kanak-kanak ini menyebabkan masyarakat memandang serong kepada penggunaan vape," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, tular klip video berdurasi 12 saat yang memaparkan seorang wanita memberi anaknya yang sedang menonton video animasi di telefon bimbit, menghisap rokok elektronik.

Polis sedang mengesan individu terbabit untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan

  • Polis kesan ibu beri anak 2 tahun hisap vape
  • Disiarkan pada: May 5, 2021 @ 4:26pm
    d