mutakhir

332 ditahan langgar SOP

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seramai 332 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) menerusi operasi pematuhan di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada keseluruhan tangkapan, seramai 331 individu dikompaun manakala seorang lagi direman.

"Antara kesalahan direkodkan adalah gagal mendaftar masuk premis (151), tidak memakai pelitup muka (80) dan aktiviti pusat hiburan (28).

"Kesalahan lain adalah tiada penjarakan fizikal (25) dan lain-lain (48)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pasukan operasi pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 72,930 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP, semalam.

Mengenai Operasi Benteng (Op Benteng), beliau berkata, seramai 10 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dan merampas sebuah kenderaan darat serta sebuah bot.

"Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 132 bot dan kapal asing di perairan negara melalui tujuh operasi penglihatan," katanya.

Disiarkan pada: May 8, 2021 @ 8:38pm
d