mutakhir

Solat hajat untuk Palestin

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Masjid, surau dan umat Islam di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat hajat dan doa selamat selepas solat Maghrib esok.

Ia khusus bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin dari kezaliman tentera Israel.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail berkata, umat Islam perlu menginsafi kezaliman berterusan yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di bumi Gaza dengan menitipkan doa dan menghulurkan bantuan kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing.

Katanya pihaknya juga menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung peristiwa serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di masjid Al-Aqsa baru-baru ini

"Kecaknaan kita adalah tanda solidariti dan keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh ummah.

"Semoga kita sentiasa di dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: May 16, 2021 @ 6:06pm
d